Langkau ke kandungan utama

Bermain sambil belajar dengan Aplikasi Memrise



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera!



Apa khabar semua! sihat? saya harap (korang yang tengah membaca blog ini) sihat-sihat ye. Baru-baru ni saya ada menginstall di google playstore aplikasi pembelajaran bahasa yang saya rasa cukup menarik untuk dikongsikan pada tulisan kali ini. 

Pernah dengar tentang memrise? Haa..untuk perkongsian kali ini, saya ingin bercerita tentang memrise..


Apa itu Memrise? 

Memrise adalah laman web atau aplikasi yang menyediakan pembelajaran bahasa. Hmm..belajar bahasa je ke? :( ...


Eh..nanti dulu!! rupanya.. Mereka juga ada menyediakan pembelajaran yang lain seperti filosofi, muzik, seni dan lain-lain! Syarikat ini didaftarkan di London tau. Korang boleh belajar bahasa yang korang suka di laman web ini. Seperti jerman, jepun, korea dan Turki ada untuk korang! 

Meh saya nak cakap sikit tentang Memrise..
Dengan adanya kemudahan mempelajari bahasa dengan percuma ini korang boleh meningkatkan pengetahuan korang dalam bahasa asing dengan mudah. Hanya dalam satu Website korang boleh belajar pelbagai bahasa. Memang All in One! 


Berminat nak sign up? Korang boleh layari ke laman web memrise dengan Klik sini.




Memrise juga menyediakan laman blog untuk pembaca. Korang bolehlah mengetahui perkembangan semasa Memrise di blog mereka. Klik sini untuk ke laman blog. 

Untuk aplikasi Memrise di smartphone korang boleh mendownload di google play dan app store. Aplikasi Memrise ini mendapat nilai rate yang tinggi. Soalan yang dikemukakan berbentuk listening, writing, hearing, speed test. Cuba sedaya upaya korang untuk unlock soalan-soalan baru. Setiap kali berjaya menjawab soalan yang baru, korang akan mendapat mata sekitar 40-50 mata Jadi tidak sia-sia korang mendownload aplikasi ni. Saya sudah install korang bila lagi?

 Aplikasi Memrise di Google Play store..

Ingin mendownload aplikasi Memrise? 


Bermain sambil belajar!

Ingin tahu personaliti anda? >>Klik sini<<

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tak tahu nak ambil bidang apa dekat U? Cuba dulu ujian Personaliti dan kerjaya ni...

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Hari ni saya nak bagi tips yang tak seberapa ni untuk adik-adik, akak-akak, abang-abang yang baru habis SPM, STPM, dan sebagainya yang nak sambung Universiti tu..Haa..mesti rakan-rakan selalu tanya, "Kau nak ambil course apa?". Jawapan; "Hmm..Entah la..kalau aku rasa best aku ambil la" ataupun "Mak ayah aku suruh jadi doktor, jadi... aku ambil course perubatan la" ada juga yang jawab "Entah tak tahu lagi" ada juga kalangan pelajar yang memang sudah ada cita-cita   yang ditanam sejak kecil lagi dan mereka akan berusaha untuk dapatkan course yang mereka mahukan. Jadi kepada yang belum ada pendirian tu (cewah!) cuba la cari apakah yang korang minat dan mahir supaya tidak menjadi beban (terbeban lagi dengan PTPTN..hehehe) dan korang juga boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan korang...setiap orang ada kelemahan kan?..jadikan kekuatan korang untuk menutup kekurangan tu. Kenalilah diri korang dan korang j

Design menggunakan Adobe Photoshop 1 - Cara memasukkan gambar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Merhaba !(Hi!) Pada perkongsian yang lepas saya sudah berkongsi mengenai aplikasi Memrise  untuk mempelajari bahasa dengan mudah. Kali ni pula saya ingin berkongsi cara menggunakan Adobe Photoshop . Pasti ramai di luar sana sudah tahu dan ada yang dah pro guna  software ni. Kebanyakan para pereka grafik atau graphic designer mengguna Adobe Photoshop sebagai alat untuk design logo, flyers, poster dan sebagainya. Saya tidaklah pro dalam menggunakan software ni, tetapi saya mahu berkongsi dengan korang semua cara yang mudah untuk menggunakan photoshop. Adobe Photoshop mempunyai pelbagai versi dan untuk perkongsian ini saya menggunakan Adobe Photoshop CS6. Mungkin korang menggunakan versi yang lain daripada yang saya gunakan ni. Tetapi penggunaannya lebih kurang sama sahaja cuma perbezaan dari segi feature.  Baiklah, berbalik kepada cara penggunaannya. Saya akan memberikan langkah-langkah yang mudah untuk anda ikuti. Sila ikuti langkah di

Teknologi AI (Artificial Intelligence) mengancam umat manusia?

Siapa sahaja yang tidak tahu tentang AI? Artifical Intelligence yang agak popular diperdebatkan dan dibincangkan. Dunia makin menuju ke arah teknologi dan robotik. Tapi apakah kesannya kepada masyarakat dunia? Mari kita bincangkan sudut positif dan negatifnya. Sebelum itu, baiknya kita mengetahui dahulu apa itu Artificial Intelligence. AI atau Artificial Intelligence merupakan kemampuan komputer atau robot yang dikawal oleh komputer untuk melakukan tugas-tugas yang biasanya dilakukan oleh manusia kerana ia memerlukan kecerdasan dan kebijaksanaan manusia. Tidak semua AI mampu melakukan semua perkara seperti yang dilakukan manusia tetapi ia mampu melakukan sesetengah perkara yang dilakukan oleh manusia itu sendiri. Baiklah, dalam artikel kali ini, marilah kita menangkapi AI ini dengan pelbagai sudut pandang yang adil dengan pro dan kontra. Kita sedia maklum, peranan teknologi ini banyak memberi manfaat dan juga memberi kesan negatif yang agak besar juga. Kesan positif Artificial Intel