Langkau ke kandungan utama

Tak tahu nak ambil bidang apa dekat U? Cuba dulu ujian Personaliti dan kerjaya ni...


Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Hari ni saya nak bagi tips yang tak seberapa ni untuk adik-adik, akak-akak, abang-abang yang baru habis SPM, STPM, dan sebagainya yang nak sambung Universiti tu..Haa..mesti rakan-rakan selalu tanya, "Kau nak ambil course apa?". Jawapan; "Hmm..Entah la..kalau aku rasa best aku ambil la" ataupun "Mak ayah aku suruh jadi doktor, jadi... aku ambil course perubatan la" ada juga yang jawab "Entah tak tahu lagi" ada juga kalangan pelajar yang memang sudah ada cita-cita yang ditanam sejak kecil lagi dan mereka akan berusaha untuk dapatkan course yang mereka mahukan. Jadi kepada yang belum ada pendirian tu (cewah!) cuba la cari apakah yang korang minat dan mahir supaya tidak menjadi beban (terbeban lagi dengan PTPTN..hehehe) dan korang juga boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan korang...setiap orang ada kelemahan kan?..jadikan kekuatan korang untuk menutup kekurangan tu. Kenalilah diri korang dan korang juga boleh jadikan panduan untuk memasuki alam pekerjaan nanti. Ujian ini tidaklah tepat 100% tetapi gunakanlah sebagai pembakar semangat dan motivasi buat korang.

Terdapat banyak website yang korang boleh mulakan ujian personaliti ni. Antaranya:

1. 16 Personalities.com


16personalities

diambil dari website www.16personalities.com

Ini adalah salah satu ujian personaliti yang boleh dianggap tepat. Korang boleh jawab melalui link ni www.16personalities.com. Ujian ini adalah ujian personaliti MBTI. Ni keputusan yang saya dapat melalui ujian ni:




Keputusan saya adalah ENTJ (Extraverted-Intuitive-Thingking-Judging). Menurut MBTI, saya bagus dalam bisnes, pengurusan, pentadbiran dan sesuai dalam dunia kepemimpinan. Mungkin la sebab tu saya dapat course pengurusan :). Dengan ujian ni korang boleh la tahu serba sedikit tentang personaliti korang. Tapi korang kena jawab ujian ni dengan jujur, supaya keputusannya tepat. 



2. Truity





Truity merupakan website ujian personaliti dan ujian kerjaya. Berbanding dengan website 16personalities.com, website ini menampilkan pelbagai ujian personaliti yang pelbagai. Antaranya, personaliti Big fiveDISC dan ujian kerjaya yang berbayar.

Untuk korang yang nak sambung belajar tu fikirlah masak-masak bidang yang korang nak ambil tu..dan gunakanlah masa belajar dengan sebaik-baiknya. Hmm..Ok lah sampai sini sahaja penulisan saya untuk hari ni..Share ilmu dan bolehlah komen dekat ruangan komen tu :D. Selamat Berjaya!

Ingin mengetahui cara mendapatkan maklumat? baca artikel tentang PDF Drive

Ulasan

  1. I found this late...huhu

    BalasPadam
  2. ..menarik la info..bgus juge kan ujian cmni..kalau rasa kita lebih pd suka komunikasi..beeter go to broadcasting or law ke..if otak yg aktif..go to enginnering kan..dats good ..btw..akak nk share ya..pd adik2 yg ada minat nak masuk program ni..

    pendidikan awal kanak kanak
    geomatik dan ukur tanah
    beutician and spa
    farmasi dan pembantu perubatan.

    bole wsp akak bg info advice 011-16930576

    ade program under jpk.

    BalasPadam
  3. Kalau jumpa benda ni dlu sebelum pt3 kn bagus...

    BalasPadam
  4. YEAY ADE MBTI also 16 personalities punya test tak accurate so saya sarankan utk study cognitive functions^^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Design menggunakan Adobe Photoshop 1 - Cara memasukkan gambar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Merhaba !(Hi!) Pada perkongsian yang lepas saya sudah berkongsi mengenai aplikasi Memrise  untuk mempelajari bahasa dengan mudah. Kali ni pula saya ingin berkongsi cara menggunakan Adobe Photoshop . Pasti ramai di luar sana sudah tahu dan ada yang dah pro guna  software ni. Kebanyakan para pereka grafik atau graphic designer mengguna Adobe Photoshop sebagai alat untuk design logo, flyers, poster dan sebagainya. Saya tidaklah pro dalam menggunakan software ni, tetapi saya mahu berkongsi dengan korang semua cara yang mudah untuk menggunakan photoshop. Adobe Photoshop mempunyai pelbagai versi dan untuk perkongsian ini saya menggunakan Adobe Photoshop CS6. Mungkin korang menggunakan versi yang lain daripada yang saya gunakan ni. Tetapi penggunaannya lebih kurang sama sahaja cuma perbezaan dari segi feature.  Baiklah, berbalik kepada cara penggunaannya. Saya akan memberikan langkah-langkah yang mudah untuk anda ikuti. Sila ikuti langkah di

Teknologi AI (Artificial Intelligence) mengancam umat manusia?

Siapa sahaja yang tidak tahu tentang AI? Artifical Intelligence yang agak popular diperdebatkan dan dibincangkan. Dunia makin menuju ke arah teknologi dan robotik. Tapi apakah kesannya kepada masyarakat dunia? Mari kita bincangkan sudut positif dan negatifnya. Sebelum itu, baiknya kita mengetahui dahulu apa itu Artificial Intelligence. AI atau Artificial Intelligence merupakan kemampuan komputer atau robot yang dikawal oleh komputer untuk melakukan tugas-tugas yang biasanya dilakukan oleh manusia kerana ia memerlukan kecerdasan dan kebijaksanaan manusia. Tidak semua AI mampu melakukan semua perkara seperti yang dilakukan manusia tetapi ia mampu melakukan sesetengah perkara yang dilakukan oleh manusia itu sendiri. Baiklah, dalam artikel kali ini, marilah kita menangkapi AI ini dengan pelbagai sudut pandang yang adil dengan pro dan kontra. Kita sedia maklum, peranan teknologi ini banyak memberi manfaat dan juga memberi kesan negatif yang agak besar juga. Kesan positif Artificial Intel