Langkau ke kandungan utama

Design menggunakan Adobe Photoshop 1 - Cara memasukkan gambar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Merhaba!(Hi!) Pada perkongsian yang lepas saya sudah berkongsi mengenai aplikasi Memrise untuk mempelajari bahasa dengan mudah. Kali ni pula saya ingin berkongsi cara menggunakan Adobe Photoshop. Pasti ramai di luar sana sudah tahu dan ada yang dah pro guna software ni. Kebanyakan para pereka grafik atau graphic designer mengguna Adobe Photoshop sebagai alat untuk design logo, flyers, poster dan sebagainya. Saya tidaklah pro dalam menggunakan software ni, tetapi saya mahu berkongsi dengan korang semua cara yang mudah untuk menggunakan photoshop.

Adobe Photoshop mempunyai pelbagai versi dan untuk perkongsian ini saya menggunakan Adobe Photoshop CS6. Mungkin korang menggunakan versi yang lain daripada yang saya gunakan ni. Tetapi penggunaannya lebih kurang sama sahaja cuma perbezaan dari segi feature. Baiklah, berbalik kepada cara penggunaannya. Saya akan memberikan langkah-langkah yang mudah untuk anda ikuti.


Sila ikuti langkah dibawah ini:

Gambar 1
Buka Adobe Photoshop seperti gambar diatas ini.

Gambar 2
Gambar 3

Pergi ke File dan pilih New..(seperti di gambar 2), Kemudian ikuti langkah gambar 3 dengan memilih di preset untuk saiz clipboard. Saya memilih International paper. Untuk saiz.. saya menggunakan saiz A4(210mm x 297mm). Langah seterusnya, masukkan resolution. Resolusi yang besar akan meningkatkan kualiti gambar. Tetapi bergantung juga pada keadaan. Bolehlah merujuk pada gambar 4 di bawah ini.

Gambar 4

Gambar 5
Hasilnya seperti gambar di atas. Untuk zoom in atau zoom out korang boleh shortcut guna (Ctrl +/-) atau guna ikon magnifier di bawah gambar tangan tu..sila rujuk gambar 5.

Gambar 6
Sekarang saya nak ajar cara memasukkan gambar. Pergi ke File dan pilih open. Rujuk gambar 6. Pilih gambar yang korang nak...dan tekan open atau double click dekat gambar.

Gambar 7

Ok..gambar yang dipilih (Sumber Google image: Foto Bandaraya Kuala Lumpur) akan keluar di tab yang baru. Rujuk gambar 7 diatas. Sekarang, bagaimana nak pindahkan gambar ke 
clipboard? 


Ha..sekarang sudah dipindahkan! Aik ajaib..macam mana boleh dipindah ke situ..baiklah caranya begini, korang pergi ke gambar seperti gambar 7. Kemudian korang hanya perlu tekan dekat gambar tu..dan seret ke tab untitled-1. (Sila Rujuk gambar). Lihat, gambar sudah dipindahkan.

Itulah cara memasukkan gambar ke clipboard. Untuk perkongsian akan datang, saya akan menunjukkan cara mengedit background dan memasukkan font. Nantikan perkongsian saya yang akan datang di blog ini. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tak tahu nak ambil bidang apa dekat U? Cuba dulu ujian Personaliti dan kerjaya ni...

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Hari ni saya nak bagi tips yang tak seberapa ni untuk adik-adik, akak-akak, abang-abang yang baru habis SPM, STPM, dan sebagainya yang nak sambung Universiti tu..Haa..mesti rakan-rakan selalu tanya, "Kau nak ambil course apa?". Jawapan; "Hmm..Entah la..kalau aku rasa best aku ambil la" ataupun "Mak ayah aku suruh jadi doktor, jadi... aku ambil course perubatan la" ada juga yang jawab "Entah tak tahu lagi" ada juga kalangan pelajar yang memang sudah ada cita-cita   yang ditanam sejak kecil lagi dan mereka akan berusaha untuk dapatkan course yang mereka mahukan. Jadi kepada yang belum ada pendirian tu (cewah!) cuba la cari apakah yang korang minat dan mahir supaya tidak menjadi beban (terbeban lagi dengan PTPTN..hehehe) dan korang juga boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan korang...setiap orang ada kelemahan kan?..jadikan kekuatan korang untuk menutup kekurangan tu. Kenalilah diri korang dan korang j

Teknologi AI (Artificial Intelligence) mengancam umat manusia?

Siapa sahaja yang tidak tahu tentang AI? Artifical Intelligence yang agak popular diperdebatkan dan dibincangkan. Dunia makin menuju ke arah teknologi dan robotik. Tapi apakah kesannya kepada masyarakat dunia? Mari kita bincangkan sudut positif dan negatifnya. Sebelum itu, baiknya kita mengetahui dahulu apa itu Artificial Intelligence. AI atau Artificial Intelligence merupakan kemampuan komputer atau robot yang dikawal oleh komputer untuk melakukan tugas-tugas yang biasanya dilakukan oleh manusia kerana ia memerlukan kecerdasan dan kebijaksanaan manusia. Tidak semua AI mampu melakukan semua perkara seperti yang dilakukan manusia tetapi ia mampu melakukan sesetengah perkara yang dilakukan oleh manusia itu sendiri. Baiklah, dalam artikel kali ini, marilah kita menangkapi AI ini dengan pelbagai sudut pandang yang adil dengan pro dan kontra. Kita sedia maklum, peranan teknologi ini banyak memberi manfaat dan juga memberi kesan negatif yang agak besar juga. Kesan positif Artificial Intel