Langkau ke kandungan utama

Teknologi AI (Artificial Intelligence) mengancam umat manusia?

Siapa sahaja yang tidak tahu tentang AI? Artifical Intelligence yang agak popular diperdebatkan dan dibincangkan. Dunia makin menuju ke arah teknologi dan robotik. Tapi apakah kesannya kepada masyarakat dunia? Mari kita bincangkan sudut positif dan negatifnya.

Sebelum itu, baiknya kita mengetahui dahulu apa itu Artificial Intelligence. AI atau Artificial Intelligence merupakan kemampuan komputer atau robot yang dikawal oleh komputer untuk melakukan tugas-tugas yang biasanya dilakukan oleh manusia kerana ia memerlukan kecerdasan dan kebijaksanaan manusia. Tidak semua AI mampu melakukan semua perkara seperti yang dilakukan manusia tetapi ia mampu melakukan sesetengah perkara yang dilakukan oleh manusia itu sendiri.

Baiklah, dalam artikel kali ini, marilah kita menangkapi AI ini dengan pelbagai sudut pandang yang adil dengan pro dan kontra. Kita sedia maklum, peranan teknologi ini banyak memberi manfaat dan juga memberi kesan negatif yang agak besar juga.


Kesan positif Artificial Intelligence.

Melihat dari sudut positif AI, ia membantu manusia dalam kehidupan seharian. Dibawah ini adalah kesan positif yang saya senaraikan antaranya;

1. Memudahkan tugasan

Tidak dinafikan, teknologi AI membantu manusia menyiapkan tugasan-tugasan pekerja, pelajar malahan kepada peniaga juga. Sebagai contoh ChatGPT membantu memudahkan pelajar dalam mencari maklumat dan menulis dengan cepat untuk kerja-kerja kursus di sekolah mahupun di universiti. Selain itu, membantu dalam membuat coding bagi tujuan pembangunan aplikasi dan sebagainya. Walaupun pembangunannya masih dalam fasa yang tidak begitu stabil kerana masih terdapat ralat maklumat yang tidak sahih, tetapi ia masih mampu mengurangkan sedikit permasalahan dalam mendapatkan idea penulisan dan seumpamanya. 

2. Mengurangkan kos

Siapa sahaja peniaga yang tidak suka akan keuntungan yang besar dengan modal yang rendah? Pastinya dengan adanya AI ini membantu peniaga mengurangkan kos-kos dan menjimatkan pengeluaran yang besar. Jikalau peniaga memerlukan seorang designer yang berkualiti untuk mencipta satu poster menarik, kini dengan AI membantu peniaga untuk mengurangkan kos mengupah designer. Mungkin tidaklah setanding idea manusia kerana AI sendiri memerlukan data-data dari manusia dan kecerdasan mereka, tetapi ia mampu bersikap mirip seperti manusia melakukan tugasan. Dengan adanya laman web AI image generator seperti HotpotFotorNight Cafe, dan aplikasi-aplikasi Ai image atau art generator di Google Playstore dan Apple Appstore, ia memudahkan untuk mendapatkan hasil gambar yang cantik dan menarik.

3. Menjimatkan masa

Salah satu kelebihan AI ini adalah menjimatkan waktu. Mungkin ada diantara pelajar dan pekerja yang mempunyai waktu yang terhad untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Wujudnya AI sangat membantu pelbagai lapisan masyarakat dalam menjimatkan waktu mereka untuk menaip, membuat poster yang menarik dan mendapatkan info dengan lebih cepat.

4. Menyediakan pekerjaan baharu

Pekerjaan yang berkait penggunaan artificial intelligence akan meningkat dari masa ke semasa. Teknologi ini akan melahirkan ramai pakar teknologi AI dari segi pembuatan software, teknikal dan juga penyelidik. Bukan itu sahaja, rangkaian teknologi ini juga bakal mendominasi dalam banyak bidang-bidang lain termasuk pendidikan, politik, perniagaan dan sebagainya.


Itulah kesan positif AI terhadap kehidupan manusia. Tetapi apa pula sudut negatif AI ini adakah membawa mudarat yang besar?


Kesan Negatif Artificial intelligence

Setelah saya menjelaskan apa sahaja sudut positif AI, maka setiap pro pasti ada kontranya.

1. Memansuhkan jawatan-jawatan sedia ada

Apa yang dimaksudkan memansuhkan jawatan-jawatan sedia ada? Jawatan sedia ada adalah pekerjaan sedia ada. Perkembangan AI banyak mengubah struktur syarikat dan pekerjaan sehingga ada jawatan-jawatan yang bakal dimansuhkan kerana tidak relevan dan tugasan itu akan diganti kepada penggunaan robot atau AI. Maka, banyak pekerja akan kehilangan hasil pencarian untuk meneruskan hidup. Sebagai contoh, teknologi AI mampu memanipulasi gambar layaknya pereka grafik, menulis sebuah ayat seperti seorang penulis dan banyak lagi. Perkembangan ini membawa kepada suatu ketidakstabilan dalam karier dan membantutkan kemahiran dan bakat manusia.


2. Penipuan dan salah laku.

Kewujudan teknologi AI membawa kepada salah laku dan penipuan dalam talian. Penipuan seperti suara, gambar dan video untuk tujuan menjatuhkan musuh dengan membuat pemalsuan terhadap individu yang diserang sehingga menimbulkan fitnah. Masalah ini akan menyebabkan keruntuhan dari banyak aspek sehingga mewujudkan ketidakstabilan dan ketidakadilan dalam masyarakat. Selain itu, teknologi AI banyak mengumpulkan data-data yang disimpan ke dalam server dan dimanipulasikan data-data itu menjadi suatu maklumat baharu yang pada asalnya datang dari idea manusia. Seperti mencuri hasil karya kreatif menjadi hasil individu. 


Oleh itu, perkembangan teknologi mempunyai sisi baik dan buruknya yang boleh kita perhatikan dan renungkan. Apa yang dikongsikan di dunia maya adalah tanggungjawab individu. Semoga informasi ini dapat membantu.


*Artikel ini adalah sebuah pendapat. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tak tahu nak ambil bidang apa dekat U? Cuba dulu ujian Personaliti dan kerjaya ni...

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Hari ni saya nak bagi tips yang tak seberapa ni untuk adik-adik, akak-akak, abang-abang yang baru habis SPM, STPM, dan sebagainya yang nak sambung Universiti tu..Haa..mesti rakan-rakan selalu tanya, "Kau nak ambil course apa?". Jawapan; "Hmm..Entah la..kalau aku rasa best aku ambil la" ataupun "Mak ayah aku suruh jadi doktor, jadi... aku ambil course perubatan la" ada juga yang jawab "Entah tak tahu lagi" ada juga kalangan pelajar yang memang sudah ada cita-cita   yang ditanam sejak kecil lagi dan mereka akan berusaha untuk dapatkan course yang mereka mahukan. Jadi kepada yang belum ada pendirian tu (cewah!) cuba la cari apakah yang korang minat dan mahir supaya tidak menjadi beban (terbeban lagi dengan PTPTN..hehehe) dan korang juga boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan korang...setiap orang ada kelemahan kan?..jadikan kekuatan korang untuk menutup kekurangan tu. Kenalilah diri korang dan korang j

Design menggunakan Adobe Photoshop 1 - Cara memasukkan gambar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Merhaba !(Hi!) Pada perkongsian yang lepas saya sudah berkongsi mengenai aplikasi Memrise  untuk mempelajari bahasa dengan mudah. Kali ni pula saya ingin berkongsi cara menggunakan Adobe Photoshop . Pasti ramai di luar sana sudah tahu dan ada yang dah pro guna  software ni. Kebanyakan para pereka grafik atau graphic designer mengguna Adobe Photoshop sebagai alat untuk design logo, flyers, poster dan sebagainya. Saya tidaklah pro dalam menggunakan software ni, tetapi saya mahu berkongsi dengan korang semua cara yang mudah untuk menggunakan photoshop. Adobe Photoshop mempunyai pelbagai versi dan untuk perkongsian ini saya menggunakan Adobe Photoshop CS6. Mungkin korang menggunakan versi yang lain daripada yang saya gunakan ni. Tetapi penggunaannya lebih kurang sama sahaja cuma perbezaan dari segi feature.  Baiklah, berbalik kepada cara penggunaannya. Saya akan memberikan langkah-langkah yang mudah untuk anda ikuti. Sila ikuti langkah di