Langkau ke kandungan utama

PDF Drive laman e-book percuma

Pernah dengar tentang PDF Drive? PDF Drive merupakan sebauh laman web yang tidak asing lagi untuk mencari maklumat. Zaman teknologi maklumat semuanya dihujung jari sahaja. Tetapi keperluan untuk pelajar mencari maklumat melalui cara traditional kepada kecanggihan teknologi masih menjadikan buku sebagai rujukan utama. Walaupun begitu, buku fizikal kini telah diubahsuai kepada buku elektronik (e-book). Buku teks kementerian pendidikan juga banyak terdapat dalam bentuk e-book.

Buku kekal relevan sehingga kini, dan kerana tidak ingin buku-buku luput ditelan zaman arus teknologi, inisiatif seperti e-book ini amat bagus dan mudah mendapatkan maklumat dan mengisi waktu lapang dimana sahaja.

Jika pernah mendengar tentang google book yang menyediakan e-book, di sini saya ingin share berkait e-book yang boleh dibaca dan download secara PERCUMA sahaja.




PDF Drive merupakan laman web yang menyediakan e-book pdf secara percuma dan mempunyai lebih 80 juta e-book! Bayangkan setiap hari ada sahaja e-book yang diupload dilaman web ini. Tidak perlu risau, ada banyak genre atau topik yang diperlukan sebagai sumber rujukan dan bacaan. Dari topik politik, ekonomi dan novel pun ada.

Tidak pelu pening kepala nak cari sumber rujukan popular jika sukar untuk mencari sumber-sumber ilmiah atau bacaan. Apapun, buku fizikal adalah yang terbaik untuk simpanan dan rujukan sahih dan terkini. Di bawah ini adalah contoh pencarian "how to programming"


Kerana penulis adalah pelajar jurusan IT, jadi carian-carian berkait IT dan programming menjadi tajuk yang akan kerap di cari. Kepada pelajar dan sesiapa sahaja yang diluar sana ingin mencari sumber rujukan bolehlah menggunakan laman web ini untuk mencari bahan. Hanya perlu masukkan keyword dibahagian carian diatas dan hasilnya akan keluar mengikut keyword tersebut.


Sebagai contoh ebook tentang java programming di atas ini. Tekan preview untuk melihat isi kandungan ebook tersebut. Sekiranya berkenan dengan ebook carian, hanya dengan menekan butang download yang berwana biru. kemudian, akan keluar interface seperti dibawah ini.


Tekan butang download (PDF) dan SUDAH! selesai downloadnya. Mudahkan? dengan hanya melayari laman web, boleh mendapatkan sumber bermanfaat di mana sahaja. Tiada lagi kesukaran untuk ke perpustakaan jika jauh dari rumah. 


Kelebihan PDF Drive
Setelah tahu cara mendapatkan pdf atau ebook yang diinginkan, disini adalah senarai kelebihan PDF Drive ini.

  • Lebih 80 juta Ebook disediakan
  • Pelbagai subjek dan rujukan
  • Percuma
  • Mudah dan fleksibel
  • Boleh dibawa ke dalam poket sahaja
Kelemahan PDF Drive
  • Kebanyakan dalam bahasa inggeris
  • Tidak semua buku yang dikehendaki ada
  • Masalah server
  • Load server yang kurang pantas
  • Iklan

Mengalami isu memuat turun di PDF Drive?
Jangan risau terdapat laman web alternatif PDF drive iaitu di pdfdrive.to. Ini adalah laman web alternatif PDF Drive yang boleh digunakan. Tips mendapatkan maklumat dihujung jari sahaja. 


Semoga Berjaya!

#ebook #pdfdrive #pdf #programming #university #IT #teknologi

Ulasan

  1. student senang nak cari kalau mcm ni. Thanx info

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tak tahu nak ambil bidang apa dekat U? Cuba dulu ujian Personaliti dan kerjaya ni...

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Hari ni saya nak bagi tips yang tak seberapa ni untuk adik-adik, akak-akak, abang-abang yang baru habis SPM, STPM, dan sebagainya yang nak sambung Universiti tu..Haa..mesti rakan-rakan selalu tanya, "Kau nak ambil course apa?". Jawapan; "Hmm..Entah la..kalau aku rasa best aku ambil la" ataupun "Mak ayah aku suruh jadi doktor, jadi... aku ambil course perubatan la" ada juga yang jawab "Entah tak tahu lagi" ada juga kalangan pelajar yang memang sudah ada cita-cita   yang ditanam sejak kecil lagi dan mereka akan berusaha untuk dapatkan course yang mereka mahukan. Jadi kepada yang belum ada pendirian tu (cewah!) cuba la cari apakah yang korang minat dan mahir supaya tidak menjadi beban (terbeban lagi dengan PTPTN..hehehe) dan korang juga boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan korang...setiap orang ada kelemahan kan?..jadikan kekuatan korang untuk menutup kekurangan tu. Kenalilah diri korang dan korang j

7 Teknik Orang Jepun Mengatasi Sifat Malas (Informasi)

Kita sedia maklum, orang-orang jepun terkenal dengan kerajinan mereka dalam bekerja. Kerana apa? Kerana falsafah yang mereka pegang ini. samurai pedang   Ikigai:  Falsafah ini membantu seseorang mengidentifikasi tujuan mereka. Mengetahui tentang ikigai membantu memberikan arah dan motivasi serta menyelaraskan tindakan dengan nilai dan impian atau tujuan.   Kaizen: Konsep kaizen adalah konsep peningkatan berterusan. Fokus pada konsisten dan istiqamah atau proses. Dengan meletakkan tujuan yang relevan atau realistik, dan berterusan memberikan fokus dan usaha untuk mencapainya, maka sifat malas akan berkurang, dan muncul sifat yang proaktif.   Teknik promodoro: Teknik pengurusan masa membantu untuk mengurangkan sikap menangguh-nangguh kerja dan meningkatkan produktiviti. Membantu meningkatkan fokus dan mengambil rehat yang kerap, membantu untuk kekal segar dan bermotivasi. Caranya, bekerja selama 25 minit tanpa gangguan dan 5 minit rehat. Ulang langkah tersebut. Wabi-Sabi: Menerima s