Langkau ke kandungan utama

Personaliti MBTI Melalui Fungsi Kognitif (Part 1) - Sensing

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sudah sekian lama saya tidak meng-update blog ini. Inilah saatnya saya kembali semula ke dunia blog untuk memberi informasi singkat berkaitan personaliti. Ada yang tertarik dengan informasi yang saya share tentang personaliti sebelum ke alam universiti...ingat lagi?? Ha..pada kali ni saya akan memberikan informasi tentang fungsi kognitif berkait MBTI.

Sebelum saya menjelaskan fungsi baiknya saya menjelaskan dahulu apa itu Cognitive function dalam MBTI.

Pakar psikologi Carl Jung menggariskan fungsi kognitif dalam buku 1921 Psychological Types. Menurut teori Jung, orang mempamerkan empat fungsi kognitif utama—Penderiaan, Intuisi, Pemikiran, dan Perasaan—dengan kecenderungan ekstrovert (atau ekstravert) atau introvert. Lapan fungsi kognitif tersebut ialah Introvert Sensing, Extraverted Sensing, Introverted Intuition, Extraverted Intuition, Introverted Thinking, Extraverted Thinking, Introverted Feeling, dan Extraverted Feeling.

Terdapat 8 fungsi kognitif yang digariskan oleh Carl Jung. Secara keseluruhannya boleh dilihat ada 4 fungsi utama iaitu Sensing, Intuition, Thingking dan Feeling. Setiap fungsi pula ada fungsi Introvert dan Extrovert. Untuk memudahkan pemahaman korang, fungsi-fungsi ini tidaklah sama dengan introvertion dan extrovertion yang seringkali kita dengar. Setiap dari kita ada sisi introvert dan extrovert-nya. Eh???!!! macam mana tu?

Baiklah! Sini saya akan terangkan apa peranan setiap fungsi kognitif.

SENSING (Kekuatan 5 Indera)

Dari perkataan Sense, atau kita boleh istilahkan sebagai rasa. Individu yang mempunyai dominan Sensing dalam personaliti cenderung menggunakan indera rasa seperti melihat, menyentuh, mendengar dan segala yang menggunakan pancaindera untuk mendapatkan informasi atau pemahaman. 

Terdapat 2 jenis Sensing iaitu Sensing Introvert dan Sensing Extrovert.

Sensing Introvert

Sensing Introvert merupakan fungsi di mana individu mengandalkan fakta luar dari dalam dirinya. Bergantung pada pengalaman yang dilaluinya. Pengalaman-pengalaman dahulu yang pernah dilalui menjadi kayu ukur mengambil maklumat. Seperti span yang menyerap maklumat secara detail dan terperinci. Individu yang mempunyai dominan sensing introvert mempunyai ciri-ciri seperti detail oriented, berfakta, memori kuat dan berpengalaman. Kerana mengandalkan pengalaman lepas, mereka sesuai dalam pekerjaan yang memerlukan pengulangan, tumpuan, attention to detail dan peraturan yang jelas. Pekerjaan yang sesuai untuk mereka yang berpersonaliti ini ialah akauntan, pengurusan, setiausaha syarikat, ketenteraan.

Dominan personaliti MBTI yang menggunakan fungsi sensing introvert: ISTJ dan ISFJ

Sebagai Fungsi kedua personaliti: ESTJ dan ESFJ

Sensing Extrovert 

Sensing Extrovert pula merupakan fungsi luar ke dalam diri. Mengambil pengalaman, menggunakan tenaga fizikal, mengamati melalui pancaindera seperti memerhati, menyentuh, bau dan rasa. Bersikap kekinian, apa yang berada di hadapan (fizikal). Pengalamannya diambil secara konkrit dan apa-apa detail dihadapannya merupakan kayu ukur personaliti dominan sensing extrovert. Individu dengan dominan fungsi sensing extrovert adalah seorang yang kekinian, playful, mengandalkan otot, adventurous dan aktif. Pekerjaan yang sesuai untuk mereka dengan fungsi kognitif  sensing extrovert adalah atlet, tentera, bertukang, chef, dan perniagaan retail.

Dominan personaliti MBTI yang menggunakan fungsi sensing extrovert: ESTP dan ESFP

Sebagai fungsi kedua personaliti: ISTP dan ISFP

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh ke laman:


Semoga informasi ini dapat membantu menyelesaikan kekusutan dalam mencari jati diri

Nak tahu cara selesaikan hutang PTPTN? Klik di sini

#personaliti #informasi #pendidikan #psikologi

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tak tahu nak ambil bidang apa dekat U? Cuba dulu ujian Personaliti dan kerjaya ni...

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Hari ni saya nak bagi tips yang tak seberapa ni untuk adik-adik, akak-akak, abang-abang yang baru habis SPM, STPM, dan sebagainya yang nak sambung Universiti tu..Haa..mesti rakan-rakan selalu tanya, "Kau nak ambil course apa?". Jawapan; "Hmm..Entah la..kalau aku rasa best aku ambil la" ataupun "Mak ayah aku suruh jadi doktor, jadi... aku ambil course perubatan la" ada juga yang jawab "Entah tak tahu lagi" ada juga kalangan pelajar yang memang sudah ada cita-cita   yang ditanam sejak kecil lagi dan mereka akan berusaha untuk dapatkan course yang mereka mahukan. Jadi kepada yang belum ada pendirian tu (cewah!) cuba la cari apakah yang korang minat dan mahir supaya tidak menjadi beban (terbeban lagi dengan PTPTN..hehehe) dan korang juga boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan korang...setiap orang ada kelemahan kan?..jadikan kekuatan korang untuk menutup kekurangan tu. Kenalilah diri korang dan korang j

Design menggunakan Adobe Photoshop 1 - Cara memasukkan gambar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Merhaba !(Hi!) Pada perkongsian yang lepas saya sudah berkongsi mengenai aplikasi Memrise  untuk mempelajari bahasa dengan mudah. Kali ni pula saya ingin berkongsi cara menggunakan Adobe Photoshop . Pasti ramai di luar sana sudah tahu dan ada yang dah pro guna  software ni. Kebanyakan para pereka grafik atau graphic designer mengguna Adobe Photoshop sebagai alat untuk design logo, flyers, poster dan sebagainya. Saya tidaklah pro dalam menggunakan software ni, tetapi saya mahu berkongsi dengan korang semua cara yang mudah untuk menggunakan photoshop. Adobe Photoshop mempunyai pelbagai versi dan untuk perkongsian ini saya menggunakan Adobe Photoshop CS6. Mungkin korang menggunakan versi yang lain daripada yang saya gunakan ni. Tetapi penggunaannya lebih kurang sama sahaja cuma perbezaan dari segi feature.  Baiklah, berbalik kepada cara penggunaannya. Saya akan memberikan langkah-langkah yang mudah untuk anda ikuti. Sila ikuti langkah di

Teknologi AI (Artificial Intelligence) mengancam umat manusia?

Siapa sahaja yang tidak tahu tentang AI? Artifical Intelligence yang agak popular diperdebatkan dan dibincangkan. Dunia makin menuju ke arah teknologi dan robotik. Tapi apakah kesannya kepada masyarakat dunia? Mari kita bincangkan sudut positif dan negatifnya. Sebelum itu, baiknya kita mengetahui dahulu apa itu Artificial Intelligence. AI atau Artificial Intelligence merupakan kemampuan komputer atau robot yang dikawal oleh komputer untuk melakukan tugas-tugas yang biasanya dilakukan oleh manusia kerana ia memerlukan kecerdasan dan kebijaksanaan manusia. Tidak semua AI mampu melakukan semua perkara seperti yang dilakukan manusia tetapi ia mampu melakukan sesetengah perkara yang dilakukan oleh manusia itu sendiri. Baiklah, dalam artikel kali ini, marilah kita menangkapi AI ini dengan pelbagai sudut pandang yang adil dengan pro dan kontra. Kita sedia maklum, peranan teknologi ini banyak memberi manfaat dan juga memberi kesan negatif yang agak besar juga. Kesan positif Artificial Intel